Assalamualaikum dan salam sejahtera............Selamat datang ke Blog SMK Tan Sri Osman Mohd Sa'at............Azam Ilmu Amal............Jadikanlah hari ini lebih baik daripada semalam

Wednesday, February 29, 2012

PELANCARAN 1M1S

Pada pukul 7.50 pagi tadi bertempat di Dataran Minda, secara rasminya Tuan Pengetua telah melancarkan 1Murid 1Sukan (1M1S) di SMKTSOMS.

Apakah 1M1S?

Dasar 1M1S mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah. Dasar ini menyokong pelaksanaan falsafah Pendidikan kebangsaan yang berhasrat untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Justeru, setiap murid akan melibatkan diri secara aktif dengan menyertai aktiviti sukan di sekolah sepanjang tahun. Dasar ini selaras dengan dasar Sukan Negara untuk membudayakan sukan di kalangan masyarakat dan hendaklah dimulakan di peringkat sekolah melalui strategi sukan untuk semua dan sukan untuk kecemerlangan.

Objektif dasar 1M1S:
  1. Meningkatkan kecergasan jasmani.
  2. Membentuk sahsiah, jati diri, disiplin dan nilai murni.
  3. Memupuk perpaduan di antara kaum.
  4. Membentuk budaya sukan di kalangan murid.
  5. Memenuhi naluri semulajadi murid.
  6. Memberi keseimbangan antara keperluan akademik dengan keperluan fizikal.
  7. Mewujudkan landasan ke arah kecemerlangan sukan.

Pengisian pelancaran:
  • Ucapan pelancaran oleh Tuan Pengetua.
  • Persembahan koir 1M1S.
  • Demonstrasi kelab-kelab sukan dan permainan.
  • Mesyuarat gung kelab-kelab sukan.






No comments:

Post a Comment