Assalamualaikum dan salam sejahtera............Selamat datang ke Blog SMK Tan Sri Osman Mohd Sa'at............Azam Ilmu Amal............Jadikanlah hari ini lebih baik daripada semalam

Friday, April 29, 2011

PERTANDINGAN KAWAD KAKI KRS, GO DAN NGO DAERAH PONTIAN

Selama dua hari iaitu hari Rabu dan Khamis (27 hingga 28 April) kawasan perhimpunan sekolah dijadikan tempat pertandingan kawad kaki KRS, badan kerajaan dan badan bukan kerajaan. Hari Rabu dikhususkan untuk pertandingan kawad kaki KRS lelaki dan perempuan manakala hari Khamis untuk pertandingan kawad kaki GO dan NGO.

En. Abd Rahim B Lamin, PPD Pontian hadir pada hari terakhir (Rabu) untuk menyampaikan hadiah-hadiah bagi pemenang.

Pihak sekolah mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan pertandingan tersebut.

Pasukan Kadet Bomba.

Sebahagian pasukan beruniform yang menyertai pertandingan.

Pemeriksaan pakaian oleh hakim-hakim pertandingan.

Pengetua SMKTSOMS, Pn. Lili Maznah Bt Tajul Ariffin mengiringi
PPD Pontian En. Abd Rahim B Lamin untuk menyampaikan hadiah
kepada pemenang.


Thursday, April 28, 2011

KADET POLIS PEREMPUAN SMKTSOMS JADI NAIB JUARA PERTANDINGAN KAWAD KAKI GO PPD PONTIAN

Tahniah. Pasukan kawad kaki kadet polis perempuan sekolah kita berjaya sebagai naib johan dalam pertandingan kawad kaki badan kerajaan anjuran PPD Pontian. Lebih manis lagi kejayaan tersebut disaksikan sendiri oleh murid-murid sekolah ini kerana pertandingan tersebut diadakan di gelanggang SMKTSOMS. Tentunya hari ini adalah hari yang menggembirakan bagi ahli-ahli kadet polis dan warga sekolah ini. Syabas dan tahniah.