Assalamualaikum dan salam sejahtera............Selamat datang ke Blog SMK Tan Sri Osman Mohd Sa'at............Azam Ilmu Amal............Jadikanlah hari ini lebih baik daripada semalam

Friday, February 3, 2012

GURU YANG BERKESAN DAPAT MENINGKATKAN PRESTASI ANAK DIDIK

Guru yang berkesan adalah guru yang berjaya mengamalkan dan membudayakan pengajaran dan pembelajaran berkesan. Proses pengajaran dan pembelajaran merupakan satu elemen yang amat penting untuk meningkatkan prestasi pencapaian akademik sesebuah sekolah. Penyelidik-penyelidik telah mengenalpasti elemen-elemen penting berkaitan dengan peranan guru yang berkesan akan dapat meningkatkan pendidikan berkualiti.
 
Di antara ciri-ciri guru yang berkesan adalah seperti berikut:-
  1. Berpengetahuan tentang Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran serta cara dan metodologi untuk mencapai objektif pelajaran.
  2. Menggunakan segala bahan pengajaran seperti Bahan Bantu Mengajar dan Bahan Bantu Belajar dengan berkesan.
  3. Mengenali pelajar-pelajar, tahap pencapaian pelajar dan mengenalpasti keperluan setiap pelajar mereka.
  4. Menyedia kan peluang untuk pelajar belajar dan menguasai kemahiran yang berkaitan dengan pelajaran yang diajar.
  5. Memberikan maklumbalas yang berkesan kepada pelajar dari masa ke semasa berkaitan tahap pencapaian yang telah dapat dikuasai oleh pelajar.
  6. Membuat refleksi tentang pengajaran dan pembelajaran agar pelajar boleh
    menggunakan kemahiran yang diperolehi semasa belajar.
     
     
Kajian oleh Doyle (1987) telah menunjukkan pelajar belajar dengan lebih cemerlang sekiranya guru dapat melakukan perkara berikut:-
  1. Menggunakan strategi belajar secara tersusun dan terancang.
  2. Menjelaskan objektif pengajaran.
  3. Merancang Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran dengan teratur.
  4. Menyedia ruang dan peluang untuk pelajar membuat latihamal untuk meningkatkan kemahiran.
  5. Menyoal pelajar dengan pelbagai tahap kecerdasan untuk memastikan pelajar memahami apa yang diajar.
  6. Membuat pembetulan kesalahan pelajar agar pelajar boleh menggunakan kemahiran yamg diperolehi.
 
Proses pengajaran dan pembelajaran berkesan tidak tertakluk kepada model pengajaran yang tertentu sahaja.Guru-guru hendaklah meneliti dan memilih model pengajaran yang paling berkesan dalam membantu pelajar-pelajar mereka menguasai topik pembelajaran.Pemilihan ini seharusnya berdasarkan situasi pembelajaran dan tahap pencapaian kumpulan pelajar yang terlibat.
 
Kajian oleh Kyriacou pula menunjukkan bahawa seseorang guru mestilah memiliki perkara berikut:-
  1. Tahu apa yang diajar.
  2. Tahu cara penyampaian yang paling berkesan.
  3. Pandai menggunakan setiap peluang yang ada semasa proses pengajaran dan pembelajaran.
  4. Bijak memilih cara dan metode terbaik untuk mencapai objektif pengajaran.
 
Guru harus sentiasa melengkapkan diri dengan input terkini untuk menjadi guru yang lebih berkesan.Guru juga perlu bersedia untuk mengabungjalin pengetahuan dan kemahiran yang sedia ada dengan perkembangan terkini dalam dunia pendidikan. Guru juga harus proaktif dan bersedia untuk memajukan diri mereka sepanjang masa sejajar dengan perkembangan pendidikan.

No comments:

Post a Comment