Hari ini adalah hari terakhir persekolahan bagi tahun 2011. Esok bermulalah cuti panjang. Kami harap murid-murid dapat merancang aktiviti yang bermanfaat di sepanjang musim cuti ini. Sedarlah bahawa musim cuti bukan dihabiskan untuk berehat semata-mata, bermain, tidur dan menonton televisyen sepuas-puasnya, sebaliknya musim cuti adalah masa untuk memperkayakan ilmu pengetahuan. Mengulangkaji pelajaran boleh dibuat sebagai persediaan untuk menghadapi peperiksaan pada tahun hadapan.
Ibu bapa perlu membimbing anak-anak untuk memilih budaya hidup yang sihat. Masa lapang yang agak panjang pada musim cuti sekolah hendaklah diaturkan dengan program dan aktiviti yang mampu memantapkan fizikal anak-anak seperti penyertaan dalam ekspidisi mendaki bukit, berbasikal, penyertaan dalam sukan anjuran masjid, waja diri, berkebun dan lain-lain. Rancang aktiviti dan buatlah yang terbaik untuk anak-anak kita.
Kami mengucapkan selamat bercuti kepada murid-murid dan guru-guru sekolah ini. Selamat bercuti.
No comments:
Post a Comment