Assalamualaikum dan salam sejahtera............Selamat datang ke Blog SMK Tan Sri Osman Mohd Sa'at............Azam Ilmu Amal............Jadikanlah hari ini lebih baik daripada semalam

Thursday, April 19, 2012

TAHNIAH! KADET POLIS PEREMPUAN AMKTSOMS MENJUARAI PERTANDINGAN KAWAD KAKI GO DAERAH PONTIAN

Kami mengucapkan tahniah dan syabas kepada pasukan kadet polis perempuan sekolah kita atas kejayaan menjadi johan dalam Pertandingan Kawad Kaki GO Daerah Pontian. Pertandingan yang diadakan di SMK Telok Kerang dengan disertai 7 pasukan berjaya memberi gambaran sebenar semangat juang di kalangan pelajar-pelajar SMKTSOMS. Pasukan yang dilatih di kalangan pelajar-pelajar sendiri dan diuruskan oleh beberapa orang guru, begitu bersemangat semasa memberi persembahan yang mantap di pertandingan itu.

Sekali lagi kami ucapkan tahniah dan syabas. Kami berbangga dengan pencapaian cemerlang anda. 








No comments:

Post a Comment