Assalamualaikum dan salam sejahtera............Selamat datang ke Blog SMK Tan Sri Osman Mohd Sa'at............Azam Ilmu Amal............Jadikanlah hari ini lebih baik daripada semalam

Saturday, April 14, 2012

MOTIVASI KEIBUBAPAAN

Bukan sahaja anak-anak yang bersekolah diberi suntikan motivasi untuk menuju kecemerlangan, ibu bapa juga turut sama menerima suntikan motivasi diri. Tujuannya tak lain tak bukan agar anak-anak yang bersekolah di sekolah ini akan terus cemerlang dengan menerima dorongan daripada guru-guru dan ibu bapa mereka sendiri.

Untuk tujuan itu, pada hari Sabtu 14 April 2012 bertempat di Dewan Angsana telah diadakan program motivasi keibubapaan. Dengan tema  'muafakat membina kecemerlangan', pihak sekolah telah menjemput motivator En. Abd. Aziz b Ismail daripada SMK Dato Ibrahim Majid untuk memberi suntikan motivasi khusus ditujukan kepada ibu bapa. 







No comments:

Post a Comment