Hari ini adalah hari ulang tahun Tuan Pengetua SMKTSOMS, Pn. Lili Maznah bt Tajul Ariffin. Satu majlis ringkas telah diadakan oleh guru-guru dan kakitangan sekolah ini untuk meraikannya. Selamat menyambut hari jadi Tuan Pengetua. Semoga berbahagia selalu.
Friday, September 30, 2011
MAJLIS IZIN ILMU CALON PMR
Minggu hadapan iaitu pada 4 September PMR akan bermula. Calon-calon PMR sekolah ini akan menduduki peperiksaan tersebut. Pada pagi ini bertempat di dewan telah diadakan Majlis Izin Ilmu khusus untuk calon-calon PMR. Semoga anda semua berjaya mengharungi peperiksaan PMR dan dapat kejayaan cemerlang.
Thursday, September 29, 2011
HELIKOPTER ROMBONGAN YAB TAN SRI MUHYIDDIN B YASSIN, TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA MENDARAT DI PADANG SMK TAN SRI OSMAN MOHD SAAT
Hari ini warga SMKTSOMS rasa bangga kerana kawasan padang sekolah menjadi lokasi pendaratan helikopter rombongan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin. YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah dalam rangka lawatan ke daerah Pontian.
Helikopter rombongan sebanyak 3 buah itu selamat mendarat pada pukul 2.10 petang. Tan Sri Muhyiddin Yassin disambut oleh para pemimpin daerah Pontian, Puan Pengetua, guru-guru dan murid-murid SMKTSOMS. Sebelum itu YAB TPM telah merasmikan Dataran Benut di pekan Benut, Pontian.
Selepas mendarat, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin di bawa ke Kampung Sungai Bunyi untuk menghadiri Jalinan Mesra Bersama Rakyat. Di kampung itu telah menunggu beribu rakyat yang ingin bermesra bersama beliau.
Helikopter rombongan YAB TPM berlepas balik ke arah Johor Bahru pada pukul 4.10 petang.
Tuesday, September 20, 2011
BILIK DARJAH YANG KONDUSIF...
Bilik darjah merupakan tempat atau ruang interaksi (guru - murid dan murid - murid) berlaku melalui aktiviti-aktiviti yang dirancangkan dan berlandaskan sesuatu strategi pengajaran dan pembelajaran. Bilik darjah yang kondusif merangsang dan membantu guru dan murid untuk terus kekal bersemangat semasa berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran.
Bilik darjah yang kondusif akan menggalakkan pelajar bebas berinteraksi di antara pelajar dengan pelajar; pelajar dengan guru, serta bebas melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti dalam bilik darjah. Guru pula gembira bekerja dalam keadaan yang mesra dan sempurna. Selain itu ia dapat dapat membantu sekolah mencapai aspirasinya, seperti membentuk pelajar dengan sikap dedikasi, berinisiatif, rela bekerjasama, ramah dan mesra, spontan dan kreatif, serta lebih tinggi motivasinya.
Bilik darjah yang kondusif mengandungi empat ciri utama seperti berikut:
- Hubungan yang saling hormat-menghormati di antara guru dengan pelajar-pelajarnya.
- Kesukarelaan pelajar-pelajar menerima aspirasi dan peraturan bilik darjah yang diaturkan oleh pihak pentadbiran sekolah.
- Perasaan kekitaan yang timbul di antara pelajar-pelajar dengan guru-guru sebagai sebuah keluarga yang mesra dan bahagia.
- Kewujudan satu keadaan yang setiap pelajar melibatkan diri dalam kegiatan keilmuan dalam setiap kesempatan, termasuk usaha menggunakan bahasa dengan betul dan sesuai.
Bilik darjah yang kondusif akan menggalakkan pelajar bebas berinteraksi di antara pelajar dengan pelajar; pelajar dengan guru, serta bebas melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti dalam bilik darjah. Guru pula gembira bekerja dalam keadaan yang mesra dan sempurna. Selain itu ia dapat dapat membantu sekolah mencapai aspirasinya, seperti membentuk pelajar dengan sikap dedikasi, berinisiatif, rela bekerjasama, ramah dan mesra, spontan dan kreatif, serta lebih tinggi motivasinya.
Bilik darjah yang dikatakan kondusif adalah sebuah bilik darjah yang dikelolakan dengan baik, yang elok dipandang dan yang teratur susunannya. Keadaan ini akan memberi kesan cita rasa, semangat, kesejahteraan, dan bahagia kepada pelajar-pelajar yang menggunakannya untuk menjalankan aktiviti pembelajaran mereka. Iklim bilik darjah yang kondusif ini akan meningkatkan keberkesanan aktiviti pengajaran-pembelajaran.
Kesimpulannya, marilah kita sama-sama bekerjasama untuk menjadikan bilik darjah di sekolah kita lebih kondusif bagi merangsang proses pengajaran dan pembelajaran. Cubalah dulu baru tahu...
Kesimpulannya, marilah kita sama-sama bekerjasama untuk menjadikan bilik darjah di sekolah kita lebih kondusif bagi merangsang proses pengajaran dan pembelajaran. Cubalah dulu baru tahu...
Thursday, September 15, 2011
SOLAT HAJAT PERDANA
Pada hari ini, 15 September 2011 telah diadakan Solat Hajat Perdana bertempat di Dewan Amanah bermula pukul 6.30 petang. Tujuannya untuk memohon kepada Allah SWT bagi kecemerlangan pencapaian murid-murid dalam peperiksaan PMR dan SPM. Semoga Allah SWT memperkenan permohonan kami. Bagi calon-calon PMR dan SPM teruskan usaha anda.
Kami warga SMKTSOMS tetap mendoakan kejayaan anda.
Sunday, September 11, 2011
JAMUAN AIDILFITRI STAFF SMKTSOMS
Pada pagi Sabtu 10 September 2011 bermula 8.30 pagi di Dewan Amanah telah berlangsung majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri keluarga SMKTSOMS. Ramailah guru-guru dan kakitangan serta pekerja swasta bersama keluarga masing-masing datang beraya pada pagi itu. Suasana bertambah ceria apabila para hadirin datang dengan berpakaian raya berwarna-warni.
Juadah pada jamuan tersebut dikendalikan oleh guru-guru sendiri mengikut bidang masing.
Dalam majlis itu juga diadakan majlis perpisahan khusus kepada En. Abd Rahman Bin Ithnin yang naik pangkat dan berpindah ke SJKC Yu Ming, En. Mohd Zaiham Bin Mustaffa yang berpindah ke Batu Pahat, dan En. Mohamad Nazim Bin Ismail yang berpindah kerja ke PPD Pontian.
Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir dan batin.
Subscribe to:
Posts (Atom)