Pagi tadi iaitu di pagi Jumaat yang hening sepi, terdengar esakan beberapa orang pelajar yang tak tertahan syahdunya apabila berpelukan dengan guru (maksud kami yang sama jantina).
Mengapa?
Pada pagi diadakan majlis izin ilmu khusus untuk pelajar-pelajar tingkatan 5 yang akan menduduki peperiksaan SPM yang akan bermula pada 5 November 2012. Dalam majlis ini pelajar-pelajar dan guru-guru saling bertemu muka dan bersalaman. Keizinan dan keredhaan ilmu yang dicurahkan serta keampunan yang dihulurkan akan menjadi azimat dan penerang kepada pelajar-pelajar yang berjuang bagi memartabatkan diri, keluarga dan sekolah.
Diantara objektif majlis ini ialah:
- Memberi keinsafan kepada semua pihak tentang kelemahan diri sendiri
- Menambahkan keyakinan pelajar untuk menghadapi peperiksaan
- Membukakan halangan minda untuk memudahkan proses mengingat semula, dan Memohon keampunan dan keredhaan Illahi.
Panduan semasa di dewan peperiksaan:
- Pastikan anda mendapat kertas soalan yang betul.
- Baca dan memahami arahan soalan.
- Jawab soalan dengan betul dan tepat.
- Semak semula jawapan yang telah ditulis sebelum diserahkan.
- Semak nombor angka giliran dan nombor kad pengenalan dan pastikan anda telah menulisnya dengan betul.
No comments:
Post a Comment