Pagi ini pengawas-pengawas sekolah bagi sesi 2012 telah dilantik secara rasmi apabila watikah perlantikan telah diserahkan kepada mereka. Pada majlis yang sama pengawas-pengawas tingkatan lima telah melepaskan jawatan masing-masing. Kami harap pengawas-pengawas yang telah dilantik ini dapat menjalankan tugasnya dengan baik dan berkesan.
Antara tugas-tugas pengawas sekolah:
- Mengawal disiplin pelajar.
- Mementingkan imej diri dan menunjukkan teladan yang baik kepada pelajar dan pengawas junior.
- Menjaga imej dan nama baik sekolah.
- Membantu guru
- Memastikan keceriaan sekolah dijaga.
- Mematuhi peraturan sekolah.
- Memimpin rakan-rakan pelajar.
- Mencegah kes jenayah di sekolah.
- Menghormati guru.
- Tidak berat sebelah dalam tugas harian.
- Serius dan bersikap positif semasa menjalankan setiap tugas,
- Sentiasa menjalankan tugas dengan penuh dedikasi.
- Mendisiplinkan diri sebelum mendisiplinkan pelajar lain.
- Memastikan diri sendiri mencapai prestasi yang cemerlang dalam bidang akademik, kokurikulum, sahsiah dan disiplin.
- Sentiasa peka terhadap apa yang berlaku dan memberikan cadangan dan pendapat kepada Lembaga Pengawas untuk memperbaiki keadaan.
- Mempengaruhi para pelajar untuk berdisiplin dan memberikan teguran kepada mereka yang bersalah.
- Patuh kepada ketepatan masa. Para pengawas harus sampai ke tempat tugas lebih awal daripada masa yang ditetapkan.
No comments:
Post a Comment