Pagi ini telah dijalankan ISKANDAR MALAYSIA MOTIVATIONAL & MINDSET CHANGE PROGRAMME. Program ini dijalankan mengikut pepatah 'melentur buluh biarlah dari rebungnya'. Setiap tindakan yang diambil dalam mendidik anak-anak akan mendatangkan kesan dan akibat yang bakal menentukan masa depan mereka. Program ini dianjurkan oleh Iskandar Malaysia dengan kerjasama UTM. Sasarannya ialah pelajar-pelajar sekolah menengah. Untuk sekolah ini pesertanya ialah pelajar-pelajar tingkatan 1.
Antara matlamat program ini ialah:
- Mengenal pasti potensi pelajar.
- Meningkatkan daya saing, kreativiti dan disiplin pelajar.
- Menjana perkembangan idea.
- Menghasilkan pelajar yang boleh menyelesaikan masalah.
- Meningkatkan daya fokus.
No comments:
Post a Comment