Berikut adalah foto-foto sebahagian pelajar-pelajar tingkatan 5 yang diharapkan untuk mendapat perfect score dalam peperiksaan SPM tahun 2012. Semoga kumpulan pelajar-pelajar ini meneruskan perjuangan dan berusaha gigih untuk mencapai sasaran yang kita semua harapkan. Beusahalah, berikhtiarlah dan berdoalah... Kami sentiasa mendoakan kejayaan kalian.
Wednesday, May 30, 2012
Tuesday, May 29, 2012
CALON PERFECT SCORE PMR 2012
Berikut adalah foto-foto sebahagian pelajar-pelajar tingkatan 3 yang diharapkan untuk mendapat 8A (perfect score) dalam peperiksaan PMR tahun 2012. Semoga kumpulan pelajar-pelajar ini meneruskan usaha gigih secara berterusan bagi mencapai sasaran cemerlang 8A dalam semua subjek. Beusahalah, berikhtiarlah dan berdoalah...
Thursday, May 24, 2012
CIRI-CIRI PELAJAR YANG CEMERLANG
Berikut adalah antara ciri-ciri pelajar yang nak cemerlang. Sesiapa yang nak cemerlang fikir-fikirkanlah pernyataan ini.
- JANGAN BERSIKAP PESIMISTIK - Pelajar cemerlang tidak bersikap pesimistik iaitu sentiasa putus harapan dan mengalah sebelum mula berjuang. Jangan lemahkan semangat anda sendiri. Jangan meramalkan kekalahan sebelum mula berperang. Kalau anda tidak mencuba maka kekalahan sebenarnya sudah pasti dalam tangan. Belum cuba belum tahu.
- KESEDARAN MEMIKUL TANGGUNGJAWAB - Pelajar yang cemerlang mempunyai kesedaran dan kesediaan untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang pelajar yang menjadi harapan agama, bangsa, negara, keluarga dan masyarakat pada masaakan datang. Maruah keluarga, masyarakat dan Negara pada masa akan dating bergantung pada generasi remaja masa kini. Pelajar yang cemerlang ialah pelajar yang sedar hakikat ini. Pelajar yang menyedari hakikat ini sudah pastiakan berusaha lebih gigih agar matlamat tersebut tercapai.
- TUMPUAN SEPENUH HATI - Pelajar yang cemerlang memerikan tumpuan sepenuhnya kepada pelajaran semasa mengikuti pengajaran guru di kelas. Sikap main-main sambil belajar adalah sikap pelajar yang kurang berjaya. Pelajar yang suka bermain-main dalam kelas semasa guru mengajara dalah pelajar yang bakal menjadi orang yang dipermainkan oleh golongan 'terpelajar' pada suatu masa kelak. Malah lebih malang kalau suatu hari nanti mereka dipermainkan oleh golongan tidak terpelajar seperti mereka sendiri.
- MULAKAN DARI AWAL - Pelajar yang cemerlang membuat persediaan awal apabila akan menghadapi peperiksaan tidak kira samaada ujian bulanan, peperiksaan penggal atau peperiksaan yang sebenarnya. Persediaan awal akan membezakan pelajar yang Berjaya dengan yang gagal. Persediaan awal ini termasuklah mengadakan ulangkaji, berbincang dengan rakan-rakan, meminta nasihat guru, meneliti buku-buku model jawapan dan sebagainya lagi. Jangan jadi 'bidanterjun' kedewan peperiksaan.
- SENTIASA BERSEDIA - Pelajar yang cemerlang sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi sebarang bentuk ujian atau peperiksaan yang bakal diadakan oleh pihak sekolah (ujian bulanan, peperiksaan penggal) atau oleh pihak kementerian (peperiksaan yang sebenarnya). Pelajar yang Berjaya ialah pelajar yang sanggup dan mampu menghadapi peperiksaan bila-bila masa sahaja. Bersediakah anda andainya peperiksaan diadakan esok? Pelajar cemerlangakan berkata 'Ya!' Kalau anda peminat 'The Rock' anda akan berkata 'Just bring it on..!'
- LENGKAPKAN PERALATAN - Pelajar yang cemerlang menyediakan keperluan peralatan belajar yang mencukupi seperti buku-buku rujukan, buku latihan, alat-alat tulis, nota-nota ringkas, dan sebagainya lagi. Semangat sahaja tidak mencukupi untuk mencapai kejayaan. Kelengkapan yang tidak cukup akan menyusahkan pembelajaran dan mungkin memanaskan hati anda atau melemahkan.
Wednesday, May 16, 2012
SELAMAT HARI GURU - GURU INOVATIF MELONJAKKAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA
Tarikh 16 Mei setiap tahun telah dipilih sebagai Hari Guru. Hari ini adalah hari yang amat sesuai untuk kita mengadakan sambutan bagi mengenang dan menghargai jasa guru. Oleh itu pada hari ini SMKTSOMS mengadakan sambutan hari guru untuk kita bersama-sama menghargai jasa guru.
Guru adalah insan yang mendidik, mengasuh dan membimbing kita. Kesungguhan guru-guru menjalankan tugas keguruan amatlah besar nilainya dan wajar dikenang sepanjang hayat. Di sekolah guru dianggap sebagai ibu dan bapa kepada anak-anak murid. Guru juga adalah orang yang sering memberi semangat kepada anak murid dan bersedia mendengar masalah. Sesungguhnya jasa guru tidak ternilai harganya.
Kepada semua guru, kami ucapkan selamat hari guru. Terima kasih cikgu.
Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara.
Monday, May 14, 2012
PASUKAN KADET POLIS PEREMPUAN SMKTSOMS KE PERTANDINGAN KAWAD KAKI GO PERINGKAT NEGERI JOHOR
Selepas menjuarai pertandingan kawad kaki peringkat daerah, secara automatik pasukan kadet polis perempuan sekolah kita mewakili daerah Pontian ke pertandingan peringkat negeri. Inilah pengalaman pertama bertanding di peringkat yang lebih mencabar yang memerlukan persembahan yang lebih mantap. Balik dengan membawa kedudukan sagu hati, itu sudah cukup memberi kegembiraan kepada kami. Dengan semangat yang mereka miliki ini, diharapkan menjadi contoh kepada pasukan-pasukan lain untuk menyertai pertandingan dengan sasaran menjadi juara. Syabas pasukan kadet polis perempuan SMKTSOMS.
Subscribe to:
Posts (Atom)