Strategi Pengajaran dan Pembelajaran adalah kebolehan guru dalam memilih, menyusun dan mengurus sesuatu rancangan dengan tujuan menghasilkan pencapaian yang optimum.
Tiga Jenis Strategi iaitu:
Tiga Jenis Strategi iaitu:
- Pemusatan Guru
- Pemusatan Murid
- Pemusatan Bahan
1. Strategi Pemusatan Guru
- Guru memainkan peranan yang utama
- Guru menguasai dan mengawal aktiviti murid
- Guru bercakap murid mendengar - komunikasi sehala
- Kepimpinan guru bersifat autokratik
- Guru mengutamakan pencapaian objektif pengajaran guru
- Guru mementingkan pencapaian akademik
2. Strategi Pemusatan Murid
- Murid memainkan peranan aktif dalam proses P & P
- Komunikasi dan interaksi guru – murid dua hala
- Ciri kepimpinan guru bersifat demokratik
- Strategi P & P lebih mengutamakan pencapaian objektif pembelajaran murid
- Perkembangan murid secara menyeluruh
- Perbezaan individu diberi perhatian
3. Strategi Pemusatan Bahan
- Bahan pengajaran digunakan oleh guru seperti carta, model, gambar, kad kerja atau kad imbasan.
- Bahan bantu pembelajaran digunakan oleh murid seperti kad aktiviti, kad cantuman, lembaran kerja, pembilang dan lain-lain.
- Mengutamakan kecekapan dan kemahiran menggunakan bahan untuk mencapai objektif
- Menekankan perkembangan kognitif, rohani dan jasmani
- Menggunakan bahan bantu mengajar untuk membantu murid memahami konsep yang abstrak dengan lebih jelas
- Mempertingkatkan interaksi sosial murid
- Mengajar dan belajar melalui pengalaman
Merujuk kepada cara bagaimana sesuatu mata pelajaran itu diajarkan untuk mencapai objektifnya, terdapat beberapa pendekatan yang boleh digunakan dalam kelas. Di antaranya ialah:
- PENDEKATAN INDUKTIF
- PENDEKATAN ELEKTIF
- PENDEKATAN TEMATIF
- PENDEKATAN PEMBELAJARAN MASTERI
- PENDEKATAN KOPERATIF DAN KOLOBERATIF
- PENDEKATAN INDUKTIF
Pendekatan-pendekatan ini:
- Melibatkan aktiviti mengumpul dan mentafsir maklumat
- Murid membuat kesimpulan
- Guru membimbing murid melalui aktiviti soal jawab dan menyediakan contoh-contoh yang sesuai
- Guru membina soalan-soalan untuk membimbing murid membina kesimpulan
- BBM harus disediakan untuk memudahkan murid membuat kesimpulan
- Aktiviti P & P melibatkan penggunaan deria seperti penglihatan, pendengaran dan sentuhan