Assalamualaikum dan salam sejahtera............Selamat datang ke Blog SMK Tan Sri Osman Mohd Sa'at............Azam Ilmu Amal............Jadikanlah hari ini lebih baik daripada semalam

Wednesday, October 31, 2012

FOTO TINGKATAN 2012

Wajah-wajah pelajar SMKTSOMS mengikut kelas masing-masing. Mereka bersama guru tingkatan berposing dengan gaya yang menarik dan kelihatan seolah-olah bersantai.

TINGKATAN PERALIHAN



TINGKATAN 1








TINGKATAN 2








TINGKATAN 3







TINGKATAN 4








TINGKATAN 5







Friday, October 5, 2012

IZIN ILMU PMR 2012

Majlis ini diadakan pada pagi Jumaat 5 Oktober 2012. Keizinan dan keredhaan ilmu yang dicurahkan serta keampunan yang dihulurkan akan menjadi azimat dan penerang kepada pelajar-pelajar yang berjuang bagi memartabatkan diri, keluarga dan sekolah.

Diantara objektif majlis ini ialah:
  • Memberi keinsafan kepada semua pihak tentang kelemahan diri sendiri
  • Menambahkan keyakinan pelajar untuk menghadapi peperiksaan
  • Membukakan halangan minda untuk memudahkan proses mengingat semula, dan Memohon keampunan dan keredhaan Illahi. 
Panduan semasa di dewan peperiksaan:
  • Pastikan anda mendapat kertas soalan yang betul.
  • Baca dan memahami arahan soalan.
  • Jawab soalan dengan betul dan tepat.
  • Semak semula jawapan yang telah ditulis sebelum diserahkan.
  • Semak nombor angka giliran dan nombor kad pengenalan dan pastikan anda telah menulisnya dengan betul.






Monday, October 1, 2012

PERLANTIKAN PENGAWAS SESI 2012

Pagi ini pengawas-pengawas sekolah bagi sesi 2012 telah dilantik secara rasmi apabila watikah perlantikan telah diserahkan kepada mereka. Pada majlis yang sama pengawas-pengawas tingkatan lima telah melepaskan jawatan masing-masing. Kami harap pengawas-pengawas yang telah dilantik ini dapat menjalankan tugasnya dengan baik dan berkesan.

Antara tugas-tugas pengawas sekolah:
  • Mengawal disiplin pelajar.
  •  Mementingkan imej diri dan menunjukkan teladan yang baik kepada pelajar dan pengawas junior.
  •  Menjaga imej dan nama baik sekolah.
  •  Membantu guru
  •  Memastikan keceriaan sekolah dijaga.
  •  Mematuhi peraturan sekolah.
  •  Memimpin rakan-rakan pelajar.
  •  Mencegah kes jenayah di sekolah.
  • Menghormati guru.
  • Tidak berat sebelah dalam tugas harian.
  • Serius dan bersikap positif semasa menjalankan setiap tugas,
  • Sentiasa menjalankan tugas dengan penuh dedikasi.
  •  Mendisiplinkan diri sebelum mendisiplinkan pelajar lain.
  •  Memastikan diri sendiri mencapai prestasi yang cemerlang dalam bidang akademik, kokurikulum, sahsiah dan disiplin.
  •  Sentiasa peka terhadap apa yang berlaku dan memberikan cadangan dan pendapat kepada Lembaga Pengawas untuk memperbaiki keadaan.
  • Mempengaruhi para pelajar untuk berdisiplin dan memberikan teguran kepada mereka yang bersalah.
  • Patuh kepada ketepatan masa. Para pengawas harus sampai ke tempat tugas lebih awal daripada masa yang ditetapkan.

 









Tuesday, September 18, 2012

11 PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN 2013 - 2025

Proses transformasi sistem pendidikan akan dilaksana dalam tempoh 13 tahun dengan Gelombang 1 (2012-2015) menumpukan kepada usaha memperbaiki sistem dengan memberi sokongan guru dan tumpuan kepada kemahiran asas; Gelombang 2 (2016-2020) pula mempercepatkan penambahbaikan sistem; dan Gelombang 3 (2021-2025) ke arah kecemerlangan menerusi operasi yang lebih fleksibel.

Pelan itu menyasarkan hasil pada lima aspek iaitu akses, kualiti, kesaksamaan, perpaduan dan kecekapan. Pelan turut menyasarkan pembangunan pelajar yang memiliki enam sifat utama untuk membolehkan mereka bersaing di peringkat global iaitu pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran diwbahasa, beretika dan beragama, serta beridentiti kebangsaan.

Pelan tersebut dibuat dalam konteks peningkatan standard pendidikan antarabangsa, aspirasi kerajaan untuk mempersiapkan kanak-kanak di Malaysia dalam menghadapi abad ke-21 serta harapan menggunung masyarakat serta ibu bapa terhadap dasar pendidikan.
Sebelas anjakan yang digariskan Kementerian Pelajaran ialah:


1. Menyediakan akses sama rata untuk pendidikan berkualiti dengan standard antarabangsa;
  • Melancarkan Kurikulum Standard sekolah Menengah (KSSM) dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang disemak pada 2017.
  • Melaksanakan laluan pembelajaran pintas selain pendidikan arus perdana termasuk murid cemerlang menamatkan pengajian sekolah menengah dalam masa empat tahun berbanding lima tahun sekarang dan lima tahun bagi sekolah rendah.

2. Memastikan setiap pelajar fasih dalam Bahasa Malaysia dan Inggeris;
  • Meluaskan program LINUS supaya meliputi Bahasa Inggeris.
  • Seramai 70,000 guru Bahasa Inggeris lulus Ujian Penempatan Cambridge (CPT) dalam tempoh 2 tahun.
  • Kurikulum Bahasa malaysia yang standard akan diperkenal di peringkat rendah.

3. Membangunkan rakyat Malaysia yang dipacu nilai murni;
  • Mengukuhkan Pendidikan Islam, Pendidikan Moral dan Sivik menjelang 2017.
  • Mengkaji kemungkinan murid Islam dan bukan Islam berkongsi kelas sama apabila nilai-nilai sejagar diajar.

4. Menjadikan perguruan sebagai profesion pilihan;
  • Mengetatkan syarat kemasukan latihan perguruan dengan sasaran 30 peratus teratas kelompok pelajar cemerlang menyertai profession itu.
  • Guru berprestasi tinggi berpeluang menikmati kenaikan pangkat daripada DG41 sehingga DG54 dalam tempoh kurang 25 tahun.

5. Memastikan pemimpin sekolah berprestasi tinggi di setiap sekolah;
  • Kriteria pemilihan pengetua dan guru besar berasaskan persaingan dan mengukuhkan penggantian mulai 2013.

6. Memperkasakan Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan sekolah untuk menyelesaikan isu mengikut keperluan;
  • Kementerian akan menempatkan Jurulatih Mata Pelajaran Khusus Program Penambahbaikan Sekolah dan Pengetua Rakan Penambahbaikan Sekolah secara sepenuh masa di PPD.
  • Membenarkan fleksibiliti operasi pengagihan bajet dan pelaksanaan kurikulum.

7. Memanfaatkan teknologi komunikasi dan maklumat untuk meningkatkan kualiti pembelajaran di seluruh Malaysia;
  • Meningkatkan akses internet dan persekitaran pembelajaran maya melalui pelaksanaan 1BestariNet bagi 10,000 sekolah.

8. Menambah baik keupayaan penyampaian dan kapasiti kementerian;
  • Struktur organisasi kementerian akan disusun semula agar fungsi tidak bertindih.

9. Bekerjasama dengan ibu bapa, masyarakat dan sektor swasta;
  • Memperluaskan Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) membolehkan ibu bapa mementau prestasi anak secara dalam talian.
  • Menambah bilangan Sekolah Amanah kepada 500 buah menjelang 2025.

10. Memaksimumkan kemenjadian pelajar bagi setiap ringgit yang dibelanja;
  • Mengaitkan setiap program dengan keberhasilan murid yang hendak dicapai dan merasionalisasi program berimpak rendah setiap tahun.

11. Meningkatkan ketelusan untuk kebertanggungjawaban umum.
  • Semua pihak berkaitan akan mempunyai akses yang tetap dan telus berkenaan tahap kemajuan setiap inisiatif yang dilaksanakan.
  • Semakan komprehensif akan dilakukan pada tahun 2015, 2020 dan 2025.

Friday, September 14, 2012

PERMUAFAKATAN IBU BAPA PELAJAR PMR 2012 "PERFECT SCORE"

Pagi ini bertampat di Bilik Iltizam, diadakan majlis Permuafakatan Ibu Bapa Pelajar PMR 2012 "Perfect Score". Tujuan permuafakatan itu ialah; Meningkatkan kesedaran dan pengetahuan pelajar tentang pentingnya PMR dan implikasinya dalam hala tuju masa depan mereka, Satu strategi memotivasi pelajar agar mereka dapat menghadapi peperiksaan dengan kesedaran bahawa mereka tidak bersendirian, dan Guru dan ibu bapa perlu bekerjasama untuk melahirkan modal insan yang berguna kepada keluarga, bangsa dan negara.

Antara pengisian permuafakatan itu ialah pembentangan dan analisis peperiksaan pelajar, motivasi kecemerlangan diri, soal jawab bersama ibu bapa, ucapan Tuan Pengetua, dan bacaan ikrar oleh pelajar-pelajar.