Assalamualaikum dan salam sejahtera............Selamat datang ke Blog SMK Tan Sri Osman Mohd Sa'at............Azam Ilmu Amal............Jadikanlah hari ini lebih baik daripada semalam

Tuesday, November 13, 2012

HARI DEEPAVALI

Hari ini adalah Hari Deepavali. Kami mengucapkan SELAMAT HARI DEEPAVALI kepada warga SMKTSOMS yang beragama Hindu.

Friday, November 9, 2012

CUTI PANJANG DAH BERMULA...

Hari ini adalah hari terakhir sesi persekolahan tahun 2012. Esok, Sabtu 10 November 2012 bermulanya cuti hujung tahun. Kami ingin mengambil kesempatan di sini agar pelajar-pelajar yang sedang bercuti menggunakan masa cuti ini sebaik mungkin. Di antaranya:
  • Membaca bahan-bahan bacaan yang bermanfaat.
  • Menghafal ayat-ayat al-Quran.
  • Membantu kerja-kerja ibu dan bapa.
  • Pergi ke masjid untuk bersolat berjamaah setiap waktu solat.
  • Membersihkan kawasan rumah.
  • Melancong jika berkemampuan.
  • Beriadah dan bersukan.
  • Melakukan kerja-kerja yang kreatif dan inovatif termasuk merekacipta.
  •  dan lain-lain.


SELAMAT BERCUTI

Friday, November 2, 2012

MAJLIS IZIN ILMU SPM 2012

Pagi tadi iaitu di pagi Jumaat yang hening sepi, terdengar esakan beberapa orang pelajar yang tak tertahan syahdunya apabila berpelukan dengan guru (maksud kami yang sama jantina).

Mengapa?

Pada pagi diadakan majlis izin ilmu khusus untuk pelajar-pelajar tingkatan 5 yang akan menduduki peperiksaan SPM yang akan bermula pada 5 November 2012. Dalam majlis ini pelajar-pelajar dan guru-guru saling bertemu muka dan bersalaman. Keizinan dan keredhaan ilmu yang dicurahkan serta keampunan yang dihulurkan akan menjadi azimat dan penerang kepada pelajar-pelajar yang berjuang bagi memartabatkan diri, keluarga dan sekolah.

Diantara objektif majlis ini ialah:
  • Memberi keinsafan kepada semua pihak tentang kelemahan diri sendiri
  • Menambahkan keyakinan pelajar untuk menghadapi peperiksaan
  • Membukakan halangan minda untuk memudahkan proses mengingat semula, dan Memohon keampunan dan keredhaan Illahi. 
Panduan semasa di dewan peperiksaan:
  • Pastikan anda mendapat kertas soalan yang betul.
  • Baca dan memahami arahan soalan.
  • Jawab soalan dengan betul dan tepat.
  • Semak semula jawapan yang telah ditulis sebelum diserahkan.
  • Semak nombor angka giliran dan nombor kad pengenalan dan pastikan anda telah menulisnya dengan betul.








CERAMAH PENCEGAHAN JENAYAH

Hari ini pelajar-pelajar SMKTSOMS berpeluang mendengar dan memahami ceramah yang berkaitan pencegahan jenayah. Ceramah disampaikan oleh pegawai-pegawai polis dari IPD Pontian. Di antara isi ceramah tersebut ialah maksud jenayah, jenis-jenis jenayah dan cara mengelakkan berlakunya jenayah di kalangan pelajar-pelajar sekolah. Kami mengucapkan terima kasih kepada IPD Pontian.