Assalamualaikum dan salam sejahtera............Selamat datang ke Blog SMK Tan Sri Osman Mohd Sa'at............Azam Ilmu Amal............Jadikanlah hari ini lebih baik daripada semalam

Thursday, August 30, 2012

31 OGOS HARI KEMERDEKAAN

'Janji Ditepati' adalah tema sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 tahun ini. Kemerdekaan disambut setiap tahun dapat memperhebat jati diri rakyat Malaysia agar menghargai kemerdekaan yang telah dikecapi. Semangat patriotik haruslah disemai dalam diri supaya dapat mempertahankan kedaulatan Negara kelak. Sambutan hari kemerdekaan tanah air penting dan memanfaatkan semua pihak. 

Sekolah kita juga tidak ketinggalan menyambut Hari Kemerdekaan. Bertempat di Dataran Minda, guru-guru dan pelajar-pelajar SMKTSOMS berkumpul beramai-ramai bagi menghayati dan memeriahkan semangat Hari Kemerdekaan ini. Pelbagai acara yang sinonim dengan sambutan Hari kemerdekaan telah dipersembahkan.

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! 

 











Sunday, August 19, 2012

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Hari ini adalah Hari Raya Aidilfitri. Kami mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada warga SMKTSOMS yang beragama Islam. MOHON MAAF ZAHIR DAN BATIN. Rayakanlah aidilfitri dengan penuh kesyukuran bersama keluarga tersayang tak kira di mana jua.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Monday, August 6, 2012

ISKANDAR MALAYSIA MOTIVATIONAL & MINDSET CHANGE PROGRAMME

Pagi ini telah dijalankan ISKANDAR MALAYSIA MOTIVATIONAL & MINDSET CHANGE PROGRAMME. Program ini dijalankan mengikut pepatah 'melentur buluh biarlah dari rebungnya'. Setiap tindakan yang diambil dalam mendidik anak-anak akan mendatangkan kesan dan akibat yang bakal menentukan masa depan mereka. Program ini dianjurkan oleh Iskandar Malaysia dengan kerjasama UTM. Sasarannya ialah pelajar-pelajar sekolah menengah. Untuk sekolah ini pesertanya ialah pelajar-pelajar tingkatan 1.

Antara matlamat program ini ialah:
  •  Mengenal pasti potensi pelajar.
  • Meningkatkan daya saing, kreativiti dan disiplin pelajar.
  • Menjana perkembangan idea.
  • Menghasilkan pelajar yang boleh menyelesaikan masalah.
  • Meningkatkan daya fokus.