Assalamualaikum dan salam sejahtera............Selamat datang ke Blog SMK Tan Sri Osman Mohd Sa'at............Azam Ilmu Amal............Jadikanlah hari ini lebih baik daripada semalam

Friday, July 20, 2012

PROGRAM PENGAMALAN SAKINAH PENYERAHAN TAKLIF DUN PEKAN NANAS 2012

Hari ini telah diadakan Program Pengamalan Sakinah Penyerahan Taklif DUN Pekan Nanas 2012. Ia diadakan sempena sambutan ihya' Ramadhan 1433H.

Apakah pengamalan Sakinah?

Pengamalan Sakinah merupakan satu program yang dijalankan mengikut tuntutan sunnah Rasulullah s.a.w. bermula seawal bayi hingga mencapai seusia akil baligh. Sebagaimana yang kita ketahui, betapa pentingnya proses pembesaran seseorang anak ini perlulah berterusan berlandaskan sunnah Rasulullah s.a.w untuk mendapatkan anak-anak yang sihat tubuh badannya dan kuat keimanannya.

Apabila seseorang anak itu mencapai umurakil baligh, satu majlis khusus dinamakan penyerahan taklif dibuat khas untuk anak-anak remaja. Aktiviti ini telah lama dilaksanakan sejak dulu lagi sepertimana yang dijalankan oleh Luqman Nul-Hakim kepada anaknya berdasarkan firman Allah SWT di dalam Surah Luqman ayat 13-19.

Penyerahan taklif ialah satu usaha untuk menyedarkan anak yang sudah mukallaf tentang tanggungjawab syarak iaitu mematuhi segala aturan yang ditetapkan oleh Allah SWT.

Disamping pangamalan Sakinah, sebagai ibu bapa dan mereka yang bertanggungjawab terhadap anak-anak ini wajar menitikberatkan berkaitan pembacaan, pemahaman, dan pembudayaan al-Quran didalam diri setiap anak-anak ini. Majlis khatam al-Quran adalah untuk memberi panduan dan semangat kepada anak-anak ini supaya berterusan mendampingi al-Quran sebagai pegangan dan panduan kehidupan, disamping mengamalkan syariat dan sunnah Rasulullah s.a.w.

Program pengamalan Sakinah ini bagi memberikan pendedahan kepada masyarakat tentang kepentingan amalan-amalan ataupun sunnah yang dituntut oleh Rasulullah s.a.w. bagi membentuk generasi muda yang berakhlak mulia. InsyaAllah.

Pengisian program:
  • Majlis khattam al-Quran
  • Ceramah Sakinah - Ibubapa cemerlang
  • Ceramah motivasi pelajar
  • Majlis penyerahan taklif











Thursday, July 5, 2012

MINGGU KOPERASI

Minggu Koperasi telah dijalankan dari 27 Jun hingga 4 Julai 2012. Pelbagai aktiviti telah dijalankan. Di antaranya mesyuarat agung, ceramah, pameran, kuiz, pertandingan memancing, permainan petanqe, lawatan ke kebun kelapa sawit sekolah dan lain-lain. Semasa perasmiannya, Tuan Pengetua dan guru-guru kanan SMKTSOMS telah menanam pokok di dalam pasu sebagai simbol keuntungan hasil dari buah atau bunga dari pokok yang ditanam.