Assalamualaikum dan salam sejahtera............Selamat datang ke Blog SMK Tan Sri Osman Mohd Sa'at............Azam Ilmu Amal............Jadikanlah hari ini lebih baik daripada semalam

Saturday, March 31, 2012

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-11 DAN MAJLIS ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG

Saban tahun sebelum berakhirnya bulan Mac, diadakan mesyuarat agung PIBG. Hari ini bermula jam 2.00 petang bertempat di Dewan Angsana, ibu bapa dan guru-guru berkumpul bersama hadir dalam mesyuarat agung PIBG. Mesyuarat tersebut sempurna dirasmikan oleh YB Datuk Wee Jeck Seng, Ahli Parlimen Tanjung Piai. YB Datuk Wee Jeck Seng turut menyampaikan sijil-sijil anugerah kecemerlangan kepada pelajar-pelajar yang cemerlang dalam akademik dan kokurikulum.











Wednesday, March 21, 2012

KEPUTUSAN SPM 2011

Hari ini secara rasminya keputusan peperiksaan SPM diumumkan. Ramai bekas pelajar sekolah ini datang ke sekolah untuk mengambil keputusan tersebut. Macam-macam gelagat dapat dilihat. Ada yang riang kegembiraan, ada yang bersahaja dan ada yang tenang saja. Kami mengucapkan tahniah dan syabas kepada kakak-kakak dan abang-abang yang berjaya. Inilah hasilnya terhadap usaha selama dua tahun belajar di sekolah ini di tingkatan 4 dan di tingkatan 5. Untuk seterusnya carilah peluang-peluang untuk melanjutkan pelajaran ke institusi-institusi pengajian dan kolej-kolej pilihan.






Saturday, March 17, 2012

MESYUARAT AJK PIBG

PIBG adalah tulang belakang perkembangan dan kejayaan sekolah. PIBG yang mantap dapat membantu kejayaan sekolah, perhubungan yang baik antara sekolah dengan ibu bapa pelajar, dan hubungan serta penglibatan komuniti setempat. Beberapa siri mesyuarat AJK PIBG telah dijalankan bagi membincangkan program-program dan aktiviti bagi membantu meningkatkan pencapaian pelajar-pelajar dalam pelbagai bidang.




Monday, March 12, 2012

AHLI JAWATANKUASA PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU SMKTSOMS TAHUN 2012



PENASIHAT:
PN. LILI MAZNAH BT TAJUL ARIFFIN

YANG DIPERTUA:
TN. HJ. MOHD. ZAILUDIN B SALIMON

NAIB YANG DIPERTUA:
TN. HJ. NOORIANI B HJ. TUROT

SETIAUSAHA:
EN. ISMAIL B HJ. AHMAD

BENDAHARI:
PN. DHALEYEA BT ABDULLAH (SEHINGGA 31.12.2011)
PN. SITI SUHARTI BT SANIMAN (MULAI 1.1.2012)

AJK IBU BAPA:
EN. BISNI B RAIS
EN. RAMLEE B SALLEH
EN. MAHMOOD B IBRAHIM
EN. MOHD ZAINURIN B AHMAD TUBI
EN. NG KOH LOON
EN. TAN RU MING
EN. SAIP B HJ. ATON
PN. SALIMAH BT HASSAN
PN. HANIM BT ABD. RAHMAN
PN. SA'DIAH BT RASIDI

AJK GURU:
USTAZ NOOR AZMI B SULAIMAN
EN. YAZEED B AHMAD
EN. WAN MAHUSSIN B WAN YUNOS
TN. HJ. ROSLEY B ABDUL
USTAZAH SURAINI BT MISRAN
PN. SAMSINAR BT MOHTAR
CIK KARTINI BT SEAN

JURUAUDIT:
EN. HAMIDON B HJ BUSRO (SEHINGGA 23.4.2011)
EN. RUMAINNO B MAT (MULAI 24.4.2011)
PN. MAIZATUL AKMAM BT DAUD

Thursday, March 8, 2012

SUKANTARA

Sukantara sukan yang memerlukan penyertaan semua ahli sepasukan yang bertanding sama sendiri telah dijalankan selama empat hari. Ia dijalankan pada tarikh-tarikh 28 Februari, 1 Mac, 6 Mac dan 8 Mac 2012. Setiap rumah sukan menghendaki ahli-ahlinya mendapatkan sebanyak mata yang boleh untuk mengungguli rumah terhebat dalam kejohanan olahraga nanti. ....sudah semestinya 1M1S.












Saturday, March 3, 2012

SAMBUTAN MAULIDURASUL 1433H

Tanggal  12 Rabiulawal  merupakan satu tarikh keramat dalam sejarah umat Islam di seluruh dunia. Kedatangan Nabi Muhammad merupakan satu rahmat terbesar dan anugerah teragung yang Allah berikan kepada alam semesta ini. Bersempena sambutan Maulidur Rasul yang diadakan saban tahun  menuntut kita sama-sama menghayati dan mencontohi ketabahan serta kesungguhan baginda dan para sahabat dalam menegakkan syiar Islam sehingga terpancar kecemerlangan dan kegemilangan Islam merentasi dunia timur dan barat.

Selain itu, Nabi Muhammad juga amat dikenali sebagai seorang yang suka menghubungkan silaturrahim, menolong orang yang dalam kesusahan, membantu  anak yatim dan ibu tunggal, seorang yang pemurah dan sebagainya. 

Sambutan Maulidur Rasul adalah untuk mengingati tentang kelahiran dan perjuangan Rasulullah SAW. Umat Islam harus menghayati Islam dari semua aspek hidup seperti dalam bidang ekonomi, kekeluargaan dan kehakiman kerana ajaran Rasulullah SAW adalah secara menyeluruh.

Oleh yang demikian wajarlah kita merenung kembali sirah Rasulullah SAW dan mengkaji sendiri tentang manusia teragung ini dan peranannya dalam pembangunan manusia sejagat.  Maulidur Rasul juga merupakan masanya bagi umat Islam untuk memperingati semula Rasulullah SAW dan seterusnya menjadikan contoh sifat dan kehidupannya kerana baginda adalah teladan terbaik.

Pada pagi ini warga Islam SMKTSOMS mengadakan Sambutan Maulidurrasul. Acara-acara yang berkaitan dengan penghayatan sambutan telah dijalankan seperti perarakan dan berselawat, membaca ayat-ayat suci al-Quran, bernasyid, dan ceramah utama sambutan.