Assalamualaikum dan salam sejahtera............Selamat datang ke Blog SMK Tan Sri Osman Mohd Sa'at............Azam Ilmu Amal............Jadikanlah hari ini lebih baik daripada semalam

Monday, January 23, 2012

SELAMAT TAHUN BARU CINA

Hari ini adalah Tahun Baru Cina. Kami mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU CINA kepada warga SMKTSOMS yang berbangsa Cina. Kong Xi Fa Chai.

Saturday, January 14, 2012

KURSUS PENGAWAS, KETUA TINGKATAN DAN PENOLONG KETUA TINGKATAN

Selama dua hari dari 13 hingga 14 Januari 2012 pengawas-pengawas, ketua-ketua tingkatan dan penolong-penolong ketua tingkatan telah didedahkan mengenai ilmu asas kepemimpinan. Tujuannya agar mereka dapat membantu guru meningkatkan sahsiah pelajar-pelajar SMKTSOMS. Kami mengucapkan terima kasih kepada guru-guru yang terlibat secara langsung dalam mengendalikan kursus tersebut.










Thursday, January 12, 2012

BENGKEL PERMAINAN ANGKLUNG DAN PELANCARAN KELAB ANGKLUNG PENDIDIKAN KHAS

Bertempat di Bilik Iltizam, pelajar-pelajar pendidikan khas pada hari ini hadir di dalam Bengkel Permainan Angklung. Bengkel ini dianjurkan oleh Unit Pendidikan Khas SMKTSOMS. Bengkel ini dikendalikan oleh Y.M. Raja Iza Akmar b Raja Adnan dari Sabah. Selepas itu diadakan majlis pelancaran Kelab Angklung SMKTSOMS.






Monday, January 9, 2012

TAHNIAH KEPADA PENERIMA ANUGERAH CEMERLANG PMR 2011

Kami mengucapkan syabas dan tahniah kepada pelajar-pelajar 'perfect score' dan pelajar cemerlang yang lain dalam peperiksaan PMR 2011. Seramai lima orang pelajar mendapat 8A, empat orang mendapat 7A dan enam orang mendapat 6A.

Pelajar 8A:
  • Ng Yan Sheng
  • Lee Li Shuang
  • Lim Jin Yi
  • Nurhidayana bt Sha'ban
  • Farah Nabila bt Mohameed Fauzee






Tuesday, January 3, 2012

SELAMAT KEMBALI BERSEKOLAH PADA HARI PERTAMA SESI PERSEKOLAHAN 2012

Selamat kembali bersekolah. Hari ini kita bersekolah balik. Bangun pagi, solat, sarapan, salam ibu ayah, pergi ke sekolah, belajar dan belajar..., balik dari sekolah, kelas tambahan, sukan, kerja rumah dan tidur. Itulah rutin harian pada hari-hari bersekolah selain rutin-rutin lain seperti solat, mandi, beriadah dan lain-lain.

Kami mengucapkan selamat bersekolah di SMKTSOMS kepada adik-adik murid tingkatan 1, murid kelas peralihan, dan murid-murid lain yang berpindah ke sekolah ini... ikutlah disiplin dan budaya sahsiah diri terpuji sekolah ini. Begitu juga kami ucapkan selamat datang bertugas ke sekolah ini kepada guru-guru yang baru berpindah ke sekolah ini.

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH...

SMKTSOMS... KAMI DATANG...
 




Monday, January 2, 2012

SELAMAT DATANG WARGA BARU SMKTSOMS

Murid-murid tingkatan 1 dan tingkatan peralihan telah mendaftar sebagai warga SMKTSOMS pada hari ini. Mereka yang diiringi oleh ibu atau bapa masing-masing  membuat pendaftaran di kantin sekolah. Semua urusan pendaftaran dijalankan di kantin dari 8.30 pagi hingga 12.30 tengahari. Tugas-tugas pendaftaran telah dilaksanakan oleh guru-guru tingkatan. Kami mengucapkan selamat datang ke SMKTSOMS kepada adik-adik kami.